Artikel

Perjalanan Lebih 10KM Kini Dibenarkan, PKS Dan Runcit Dijangka Bertambah Pulih

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, masyarakat kini dibenarkan melakukan perjalanan melebihi 10km bagi fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tindakan ini sekaligus dapat meningkatkan operasi perniagaan.

Malah ia memberi sedikit gambaran bahawa sektor PKS dan peruncitan mampu dipulihkan meskipun berada dalam kawalan PKP.

Untuk makluman, pelepasan ini hanya diberi bagi memudahkan orang ramai membeli barangan keperluan atau mendapatkan rawatan kesihatan sahaja.

Masyarakat diingatkan untuk kekal mematuhi arahan PKP dan tidak bergerak terlalu jauh dari kawasan perumahan mereka, sekadar melebihi 10km sahaja.