Artikel

SRF Bantu Lebih 700 PKS, Tangani Masalah Aliran Tunai – RHB

RHB hari ini (29 April) telah meluluskan lebih 700 permohonan Kemudahan Bantuan Khas (SRF) daripada 1,500 permohonan yang diterima.

Nilai keseluruhan dana adalah melebihi RM500 juta.

Menurut laporan Bernama, peruntukan dibawah dana Bank Negara Malaysia (BNM) ini bertujuan untuk memastikan sokongan kepada operasi perniagaan sektor ekonomi sentiasa berterusan.

Selain itu, inisiatif ini juga dapat membantu aliran tunai pada kedudukan kewangan warga PKS.

Setakat ini, hampir 31% permohonan yang diluluskan adalah daripada sektor perdagangan borong dan runcit dengan nilai RM155 juta, manakala sebanyak 16% permohonan sektor pembuatan diluluskan dengan nilai RM79 juta.

Dibawah kemudahan bantuan ini, warga PKS akan memperolehi 80% jaminan perlindungan daripada Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) atau Syarikat Jaminan Pembiayaaan Perniagaan Bhd (SJPP).