Kementerian Kewangan (MOF) menerusi data laporannya sehingga 26 April lalu, lebih 3.26 juta permohonan baharu dan permohonan rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah diterima.
Bermula 30 April ini, proses permohonan tersebut akan ditutup.
Menerusi jumlah itu, seramai 2.96 juta adalah permohonan baharu, manakala 305,000 pula adalah permohonan rayuan.
Sebelum ini, secara keseluruhan bagi fasa pertama BPN, sebanyak RM5.4 bilion telah diagihkan kepada 7.74 juta penerima.
Bagi BPN fasa kedua pula, MOF mengatakan pembayaran BPN akan mula disalurkan kepada penerima golongan B40 dan M40 pada 4 Mei 2020 ini.