Oleh Aaron Tang // Pengurus, Luno Malaysia
Sekiranya anda memberi perhatian kepada ruangan mata wang kripto, sudah pasti anda pernah dengar tentang peristiwa akan datang yang disebut sebagai “Bitcoin halving” atau pembahagian Bitcoin. Ia adalah satu peristiwa yang penting tetapi sering disalah tafsir oleh masyarakat umum. Saya harap artikel ini akan memberi penerangan mengenai apa itu pembahagian dan mengapa ia penting buat Bitcoin dan mata wang kripto.
Apakah ia?
Perkara pertama yang perlu anda ketahui ialah perkara yang bertanggungjawab untuk mengesahkan transaksi Bitcoin (BTC) dan menambahkan blok ke rantaian blok dipanggil sebagai “pelombong”, mereka diberikan “ganjaran blok” dalam BTC untuk kerja yang mereka lakukan. Ganjaran blok diedarkan setiap 10 minit kepada pelombong yang berjaya menambahkan blok.
Oleh itu, pembahagian adalah apabila ganjaran blok dipotong kepada dua. Dalam kes ini, ganjaran blok dipotong daripada 12.5 BTC kepada 6.25 BTC. peristiwa pembahagian berlaku kira-kira setiap 4 tahun. Peristiwa berkenaan pada tahun ini dijangka berlaku pada pertengahan Mei, bermula dengan ganjaran blok diberikan kepada pelombong yang menambah blok 630,000 kepada rantaian blok.
Mengapa ia berlaku?
Pembahagian itu berlaku kerana pencipta Bitcoin mengehadkan jumlah BTC dan memilih untuk mengagihkan bekalan BTC dalam jangka masa yang panjang. Bermula daripada pelancaran Bitcoin pada tahun 2009 hingga beberapa tempoh pada 2140, 21,000,000 BTC yang telah atau akan diedarkan.
Namun, berbanding mengedarkan jumlah BTC yang sama setiap 10 minit, para pencipta memutuskan untuk melakukan pembahagian atau mengurangkan jumlah tersebut kira-kira setiap 4 tahun. Keputusan ini berdasarkan pada anggapan bahawa Bitcoin akan meningkat popularitinya dari semasa ke semasa, dan oleh kerana pelombong turut mendapat bayaran transaksi bagi setiap ganjaran blok, sebarang penurunan ganjaran blok akan diimbangi dengan kenaikan yuran transaksi.
Apa keistimewaannya?
Terdapat beberapa sebab mengapa pembahagian adalah penting. Pertama adalah bahawa “inflasi” Bitcoin dikawal dengan ketat untuk mengelakkan kenaikan dan penurunan penawaran wang yang tidak dapat diramalkan yang biasanya dikaitkan dengan mata wang fiat. Tidak ada seorang pun atau entiti yang dapat meningkatkan bekalan Bitcoin secara buatan. Bank pusat adalah satu-satunya yang mempunyai kemampuan untuk mencetak wang fiat apabila diperlukan.
Sebab kedua adalah bahawa Bitcoin merupakan satu-satunya protokol, selain daripada beberapa mata wang kripto lain berdasarkan pangkalan data (codebase) Bitcoin, yang menerapkan pembahagian. Ini bermaksud BTC mempunyai sesuatu yang tidak dimiliki aset lain di dunia. Wang kripto lain yang popular seperti Ethereum dan XRP tidak mempunyai protokol seperti ini. Seperti Bitcoin, Ethereum menggunakan perlombongan dan memberikan ganjaran blok, tetapi bekalan ETH pada masa ini tidak terhad. XRP, sebaliknya, tidak menggunakan perlombongan, tetapi mempunyai jumlah bekalan tetap iaitu 100,000,000,000 XRP.
Adakah harga BTC akan meningkat selepas pembahagian?
Ringkasnya, hal ini mustahil untuk diramalkan. Melihat sejarah pembahagian terdahulu, harga BTC biasanya terdapat kenaikan yang cepat setelah proses itu kerana apabila bekalan dipotong separuh, permintaan BTC terus meningkat. Perlu juga diperhatikan bahawa BTC telah menunjukkan prestasi yang baik pada tahun 2020, ia telahpun melepasi titik harga 10K USD. Banyak pelabur mempunyai harapan yang tinggi untuk pembahagian yang akan datang.
Tidakkah pelombong terjejas?
Sekiranya anda melakukan perkiraan pantas, anda akan membuat kesimpulan bahawa pelombong akan mendapat pampasan yang lebih kurang untuk kerja yang mereka lakukan. Sebahagiannya, kemungkinan terpaksa menghentikan operasi kerana kerja mengesahkan transaksi BTC tidak lagi menguntungkan. Yang lain, terutama yang mempunyai perkakasan terbaharu dan berada di kawasan dengan elektrik yang murah, akan tetap dapat meneruskan operasi. Sementara ini akan memberi kesan awal terhadap keselamatan Bitcoin, harapannya ialah harga BTC akan meningkat untuk membolehkan pelombong yang terjejas memulakan semula operasi.
Pembahagian Bitcoin selalu menjadi peristiwa yang menarik. Di Luno, akan terus memerhatikan dengan teliti untuk apa yang jangka berlaku.
*Aaron Tang adalah Pengurus Malaysia, Luno – merupakan sebuah syarikat wang kripto global dengan memiliki pelanggan di 40 buah negara dan terdiri daripada lebih 250 kakitangan. Luno kini berpusat di London, dengan memiliki hab serantau di Malaysia, Singapura dan Cape Town. Ini adalah nukilan beliau terhadap isu bitcoin.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan perspektif pihak Rnggt.