Artikel

Jumlah Saringan Di Lapangan Kekal Angka Tinggi Iaitu 11 Ribu Sehari – KKM

Jika disemak sebelum ini, walaupun jumlah kes positif semakin hari berkurangan, ini tidak bermakna KKM mengurangkan saringan.

“Tetapi jumlah positif semakin berkurangan. Kita dapat landaikan lengkuk COVID-19. Ini bermakna langkah-langkah yang diambil kerajaan telah berhasil,” kata KP Hisham.

“Tindakan kita membuahkan hasil, iaitu Kawalan Pergerakan. Tetapi ada satu lagi aspek iaitu Kawalan Sempadan. Kita perketatkan kumpulan sasar seperti kumpulan tabligh, kumpulan pasar borong, dan sebagainya.

“Rakyat Malaysia yang mengurangkan penjarakan sosial, pakai topeng muka, kerap basuh tangan dan pakai hand sanitizer, walaupun ini langkah-langkah mudah, ini tetap berjaya.

“Kami tetap akan saring 11 ribu orang sehari dan boleh pertingkatkan lagi ke 11 ribu orang sehari sebenarnya.

“Kami yakin dengan saringan yang tinggi, dan kebolehjangkitan yang berkurangan, kita boleh mengurangkan lagi kes keboleh jangkitan COVID-19 ini,” kata KP Hisham lagi.