Susulan krisis COVID-19 yang sedang berlaku ketika ini, ia telah meyedarkan pelbagai pihak untuk mengambil langkah yang agresif bagi memberi jaminan kepada kehidupan mereka.
Termasuklah haiwan peliharaan.
Rockwills International Corp hari ini (28 April) telah tampil melancarkan Pet Trust iaitu pembahagian harta pusaka kepada haiwan peliharaan pengguna.
Pelan wasiat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan membantu para pemilik haiwan peliharaan. Ia meliputi segala perancangan dan peruntukan mereka terhadap haiwan peliharaan tersebut.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Azhar Iskandar, adanya pelan wasiat ke atas haiwan peliharaan ini – ia dapat menjamin kedudukan dan hak haiwan tersebut dalam keluarga pemilik, meskipun setelah ketiadaan mereka.
“Pet Trust menawarkan sistem pemeriksaan bagi memastikan keperluan haiwan peliharaan akan dijaga. Berkenaan amanah, penerima akan menerima faedah wang di bawah pengawasan pemegang amanah, orang tersebut akan dinamakan sebagai pengedar dana,” katanya.