Artikel

Empat Pelan Mendatarkan Keluk COVID-19 Di Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham sebentar tadi telah tampil dengan empat pelan bagi mendatarkan keluk graf kes COVID-19.

Empat langkah ini memerlukan kerjasama daripada dua kumpulan, iaitu kerajaan dan orang ramai.

Kawalan Sempadan Perlu Diperketatkan

Bagi kerajaan, KKM menyifatkan kawalan sempadan perlu diperketatkan. Di mana, kini lebih dari 180 buah negara telah disahkan memiliki kes positif COVId-19. Perkara ini, secara terus menunjukkan negara-negara terlibat berpotensi untuk mengakibatkan jangkitan virus. Oleh itu, kawalan yang ketat perlu dilaksanakan.

PKP Berjaya Mengurangkan Bebanan Sistem Kesihatan

Seterusnya, KKM berpendapat Perintah Kawalan Pergerakan perlu diteruskan. Menurut KP Hisham, peranan PKP dilihat telah membuahkan hasil dengan berjaya menurunkan keluk graf kes COVID-19. Adanya kawalan sebegini, ia akan meringankan bebanan sistem kesihatan negara.

Setakat ini, KKM hanya menggunakan kurang daripada 30% kemudahan  disebabkan penurunan kes positif COVID-19. Malah, bilangan pesakit dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) juga semakin menurun. Ini sebab utama mengapa PKP perlu diteruskan.

Penjarakkan Sosial Bantu Masyarakat Hindar COVID-19

Bagi orang ramai pula, KKM menegaskan dalam ketika barisan hadapan sedang berusaha menghasilkan vaksin bagi COVID-19, penjarakkan sosial amat penting untuk dilakukan.

Tindakan itu, sedikit sebanyak mampu mengurangkan potensi orang ramai dari di jangkitan oleh COVID-19. Selain jarak sosial, kebersihan diri juga harus diutamakan dengan membasuh kedua belah tangan menggunakan air dan sabun.

Negara masih tidak memiliki vaksin, disebabkan itu kerjasama orang ramai amat dihargai.

Segala Langkah Pencegahan Perlu Dipatuhi

KKM turut menyeru orang ramai untuk kekal melaksanakan kesemua langkah pencegahan yang diberi. Ini berikutan pemerhatian kes selama 2 minggu ini menunjukkan penurunan, ia adalah petanda yang positif buat negara.

Bagi menurunkan lagi angka kes COVID-19, orang ramai perlu mempertingkatkan lagi usaha untuk memerangi virus ini.


Melalui empat pelan ini, KKM mengharapkan kerjasama dari semua pihak mendatarkan keluk COVID-19.