Artikel

3C Yang Perlu Dielakkan Oleh Orang Ramai – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini (27 April) menyeru orang ramai untuk elakkan 3C dan patuh pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Faktor 3C ini membawa erti, kawasan yang sesak (crowded place), kawasan yang sempit (Confined space) dan elakkan berkomunikasi dengan jarak yang dekat (Close conversation).

Ketiga-tiga faktor perlu dihindari oleh orang ramai, KKM percaya ia dapat membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Selain itu, KKM juga akan terus memantau perkembangan kes COVID-19 dan akan mengemaskini dari semasa ke semasa.