Artikel

KKM Beri Peringatan Kepada Para Pelajar Untuk Mematuhi Langkah Ini

Ketika sidang media Kementerian Kesihatan (KKM) sebentar tadi, Ketua Pengarah Datuk Dr. Noor Hisham telah menyarankan kepada para pelajar yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mematuhi beberapa langkah pencegahan.

Pelajar dinasihatkan untuk mengamalkan jarak sosial selamat, sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

Selain penjarakkan sosial, pelajar juga harus menjaga kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan bersama air dan sabun.

Seterusnya, pelajar turut digalakkan untuk memakai alat penutup mulut dan hidung (facemask) sepanjang perjalanan pulang.

Menerusi ketiga-tiga saranan ini, KP Hisham percaya para pelajar mampu memusnahkan rantaian jangkitan COVID-19.