Artikel

Pelan Pemulihan Ekonomi Kini Dirangka, Bantu Negara Atasi Kesan COVID-19

Berikutan keadaan pertumbuhan ekonomi jatuh disebabkan wabak COVID-19, Kerajaan kini sedang merangka Pelan Pemullihan Ekonomi bagi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.

Inisiatif ini adalah saranan daripada YAB Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Meskipun, Pelan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sudah hampir siap, EPU terpaksa mengkaji semula beberapa sasaran dalam RMK-12 akibat kesan ekonomi dunia daripada COVID-19 yang menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara dan seluruh dunia menjadi perlahan.

Kerajaan perlu realistik dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal berada di landasan pembangunan yang mampan dan inklusif.

Antara yang menjadi fokus adalah kebergantungan negara kepada sektor minyak dan gas yang menyumbang sebanyak 20 peratus kepada pendapatan Kerajaan.

Akibat daripada penurunan harga minyak yang mendadak, maka pendapatan negara juga dilihat terjejas.

Selain mempelbagaikan sumber pendapatan negara, Kerajaan juga akan bertindak secara agresif dalam pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara, di samping merancakkan lagi ekonomi domestik negara.

Setakat ini, beberapa sektor ekonomi akan dibuka secara berperingkat untuk memastikan keadaan ekonomi kembali pulih.