Artikel

KKM Sarankan Orang Ramai, Peniaga Patuhi Garis Panduan Penyediaan Makanan

Pada sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi, KKM telah menyarankan kepada pihak yang terlibat dalam perniagaan makanan secara atas talian (online) termasuklah pengusaha, pengendali makanan dan penghantar makanan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan mematuhi garis panduan yang disediakan.

Ini bagi memastikan makanan yang disediakan kepada pengguna adalah selamat.

Saranan KKM ini berikutan, tahun 2019 terdapat sebanyak 516 kejadian keracunan makanan yang melibatkan 16,583 kes berpunca dari pengendalian makanan yang tidak bersih dan selamat.

Daripada jumlah keseluruhan tersebut sebanyak 34 kejadian keracunan makanan telah berlaku pada bulan Ramadan 2019 yang melibatkan 1,032 kes.

Sehubungan itu, orang ramai hendaklah sentiasa memastikan keselamatan makanan semasa membeli dan penyediaan makanan di rumah bagi mengelakkan keracunan makanan.

Bagi pengguna atau peniaga yang ingin megetahui berkenaan garis panduan penyediaan makanan yang selamat oleh KKM, boleh rujuk pada pautan ini –Garis Panduan Keselamatan Makanan Bagi Produk Yang Dijual Secara Dalam Talian.