Artikel

Semua Pihak Perlu Berwaspada Dengan Skim Pelaburan Tidak Sah – SC

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengingatkan orang ramai agar berhati-hati terhadap mana-mana individu atau entiti yang cuba mengambil kesempatan dengan memperdaya mereka untuk melabur dalam skim pelaburan COVID-19 yang tidak sah, serta bursa aset digital (DAX).

Amaran ini diberikan berikutan peningkatan bilangan pertanyaan dan aduan yang diterima oleh pengawal selia terhadap kegiatan tersebut.

Oleh itu, SC telah memasukkan senarai bagi syarikat yang beroperasi tanpa lesen atau kebenaran SC di bawah Peringatan Pelabur pada pautan http://www.sc.com.my/investor-alert.

Para pelabur diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan berurus niaga dengan Pengendali Pasaran yang Diiktiraf oleh SC sahaja.