Artikel

Sunway Bercita-cita Menjadi Syarikat FinTech, Tawar Pinjaman Kepada PKS

Sunway Berhad telah membeli 51% saham Biro Kredit Malaysia (CBM).

Pembelian ini dilakukan melalui anak syarikatnya, Sunway Holdings.

Pemilikan baharu CBM kini adalah 51% Sunway, 49% Credit Guarantee Corporation (CGC).

“Pembelian saham ini adalah untuk memastikan kami membina satu ekosistem teknologi kewangan (FinTech),” kata Dato’ Chew Chee Kin, Presiden Sunway Bhd.

Ini akan membolehkan Sunway menawarkan pinjaman kepada syarikat Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS).

CBM menawarkan laporan kredit kepada pelanggan mereka.

Dengan wujudnya kolaborasi di antara CGC dan Sunway melalui CBM, Sunway dijangka akan boleh mula menawarkan pinjaman kepada PKS dalam jangka masa terdekat ini.