Artikel

WHO: Remdesivir, Ubat Yang Berpotensi Merawat COVID-19 Tidak Berkesan – Laporan

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan Ujian Klinikal Remdesivir Akan Dimulakan pada 19 April lalu.

Terbaru, menurut laporan The Guardian – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kajian ke atas Remdesivir, ubat yang dianggap sebagai salah satu yang berpotensi untuk merawat COVID-19, dikatakan tidak berkesan.

Kenyataan ini diperolehi setelah ujian Remdesivir fasa pertama dilihat tidak memberi sebarang kesan yang positif kepada pesakit.

Bagaimanapun, WHO telah menarik kembali kenyataan tersebut pada portal mereka.

Menurut jurucakap WHO, Tarik Jasarevic – pemaparan kenyataan tersebut adalah tidak disengajakan, di mana pihak WHO masih lagi memantau kajian ke atas ubat tersebut dan masih menanti keputusan akhir kajian itu.

Pada ujian itu, seramai 158 pesakit secara rawak diberi remdesivir, sementara 79 yang lain menjalani rawatan biasa dengan plasebo. Tidak ada perbezaan antara kumpulan berkenaan dengan masa pemulihan. Hanya di bawah 14% mereka yang menjalani remdesivir meninggal dunia, berbanding dengan hampir 13% mereka yang tidak mengambil rawatan.