Artikel

Bantu Peniaga Terjejas, Mudah.my Memperuntukkan RM1 Juta Kredit Pengiklanan

Berikutan krisis jangkitan COVID-19 kini sedang berlaku di seluruh negara, pelbagai pihak telah tampil dengan inisiatif untuk membantu peniaga mengukuhkan operasi perniagaan mereka.

Atas tuntutan itu, Mudah.my kini telah memperuntukkan kredit pengiklanan bernilai RM1 juta kepada peniaga yang menyertai kempen “Ramadan Bersama Mudah.my”.

Setiap peniaga yang menyertai akan menerima kredit bernilai RM100 yang boleh digunakan untuk menyerlahkan perniagaan mereka dan seterusnya membawa kepada peningkatan jualan.

Kategori-kategori yang termasuk dalam kempen ini ialah makanan, fesyen, kesihatan dan kecantikan, peralatan mandian dan bilik tidur, peralatan rumah, perkakas dapur, dan perabot serta hiasan rumah.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari https://insights.mudah.my/ramadan-bersama-mudah/.

Alternatif ini bukan sahaja berupaya untuk membantu para peniaga, namun ia sedikit sebanyak mampu membantu merancakkan kembali aliran tunai ekonomi negara.