Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah – apabila Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan nanti, pastinya kawalan sempadan turut akan dibuka.
Namun demikian, perkara ini perlu diberi perhatian untuk negara jika kita benar-benar ingin memusnahkan rantaian COVID-19.
“Sepertimana kita tahu, lebih 180 negara ada catat kes positif COVID-19,” kata KP Hisham.
Antara isu yang menjadi perhatian adalah penularan jangkitan. Ini kerana, sehingga hari ini (23 April) masih terdapat lagi kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja asing yang berada di Selangor Mansion.
“Seperti hari ini, terdapat 52 kes baharu yang melibatkan jangkitan yang rata-ratanya adalah dari Selangor Mansion, di mana kumpulan warga asing itu berada,” katanya.
Sehubungan itu, kawalan perlu diperketatkan untuk menangani perkara ini.