Artikel

Malaysia Tawarkan Diri Untuk Laksanakan Kajian Vaksin

Pada sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan – Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah telah menyatakan Malaysia kini dalam usaha untuk melibatkan diri dalam kerjasama kajian vaksin COVID-19.

Setakat ini, usaha tersebut masih berada dalam tahap perbincangan. Malaysia kini sedang berhubung bersama negara-negara yang lain berkenaan penglibatan tersebut.

Berkenaan dengan status ujian Remdesivir pula, ujian tersebut masih lagi sedang berlangsung, dan KKM memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan ujian klinikal.

KKM turut memaklumkan terdapat dua buah syarikat China yang sedang berusaha melakukan kajian vaksin. KKM menginginkan mereka melakukan ujian klinikal tersebut di Malaysia.

Bagaimanapun, terdapat peraturan dan undang-undang klinikal yang perlu diikuti.

KKM mengharapkan Malaysia memiliki peluang tersebut dan dapat turut serta dalam mana-mana kajian vaksin, sekali gus berbaloi akan segala usaha yang sedang dilakukan.