Artikel

CMC WP Umum Senarai Kedai Runcit Yang Beroperasi Di Kawasan PKPD

Pusat Pengurusan Krisis Wilayah Persekutuan (CMC WP) hari ini (23 April) telah mengeluarkan senarai kedai runcit yang boleh beroperasi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sekitar Pusat Bandar Kuala Lumpur Utara.

Terdapat 5 kedai runcit yang dipilih bagi kawasan PKPD ini. Kesemua kedai runcit ini mula beroperasi pada hari ini, dan waktu perniagaan telah ditetapkan pada jam 10 pagi sehingga 6 petang sahaja.

Setiap operasi tersebut tertakluk kepada Prosedur Piawaian Operasi (SOP) yang telah dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Senarai kedai runcit ini akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan SOP yang telah disediakan.

Menerusi operasi ini, sekali gus dapat memastikan segala keperluan dan kebajikan penduduk PKPD tetap terjamin sepanjang ia berlangsung sehingga 3 Mei 2020.