Artikel

Inisiatif Grab Bantu Warga PKS, Usahawan Mikro Dalam Menceburi Ekonomi Digital

Grab merupakan salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran perkhidmatan seru-pandu, selain turut memfokuskan kepada penawaran penghantaran makanan melalui Grab Food. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Grab turut memilih untuk memperluaskan perkhidmatan dengan pengenalan GrabMart, selain membantu lebih banyak PKS menyertai arena ekonomi digital.

Susulan maklum balas positif yang diterima dari Pasar oleh GrabMart, Grab kini telah menambah 5 pasaraya pada penyertaan perkhidmatan tersebut di seluruh Selangor mulai 24 April.

Platform ini akan memudahkan lagi pengguna untuk membeli bekalan makanan mereka tanpa perlu keluar rumah.

Untuk inisiatif Ramadan, Grab kini telah berkerjasama dengan kerajaan untuk tujuan memastikan lebih banyak lagi warga PKS dan usahawan mikro tidak ketinggalan ketika negara sedang beralih ke pasaran digital, selain membolehkan PKS terus beroperasi tanpa menjejaskan pendapatan mereka.

Sempena Ramadan, usaha ini secara langsung dapat menyokong dan membantu memulihkan pertumbuhan ekonomi negara.

Ekosistem Semakin Berkembang

Sehingga kini, hampir 8,000 peniaga telah mendapat manfaat daripada program Grab’s Small-Biz Relief dan kempen ‘Wira Tempatan’. Di mana, 30% perniagaan kecil telah mula menerima servis penghantaran makanan. Manakala 25% pesanan makanan telah meningkat.

Untuk menyokong peningkatan permintaan untuk perkhidmatan penghantaran, Grab telah menggerakkan lebih dari seratus ribu pemandu GrabCar. Langkah ini juga memastikan bahawa pemandu terus mendapat pendapatan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mempengaruhi pendapatan perniagaan e-hailing.

Sean Goh, Ketua Grab menjelaskan kepentingan mewujudkan ekosistem ekonomi yang mampan adalah amat penting ketika krisis COVID-19 sedang melanda. Menerusi platform ini, ia dapat meningkatkan permintaan pengguna di samping meningkatkan pendapatan para peniaga.