Artikel

Kes Aktif Bawah Paras 2,000, Pertama Kali Sejak 27 Mac

Kes aktif COVID-19 di Malaysia telah susut di bawah paras 2,000 kes buat pertama kalinya sejak 27 Mac.

Setakat 22 April, kes aktif adalah 1,987 kes.

Sebelum ini, Malaysia sentiasa dibelenggu kes aktif yang tinggi. Tetapi perkara ini bertukar arah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga bermula.

Kes aktif ditakrif sebagai kes-kes yang masih sedang dirawat di hospital.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 103 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,452 kes (62.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Justeru, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih dua kali ganda bilangan kes yang dilaporkan.

Sehingga 22 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 50 kes baharu yang telah dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,532 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,987 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 43 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah tersebut, 25 kes memerlukan bantuan pernafasan.