Artikel

Berkemungkinan Petronas Akan Mengurangkan Perbelanjaan Domestik

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sebelum ini pernah mengatakan akan melanjutkan perbelanjaan modal dalam domestik yang dirancang dari RM26 bilion hingga RM28 bilion pada tahun ini, meskipun berlakunya penurunan dalam pasaran minyak.

Namun, syarikat minyak nasional tersebut mengatakan pihaknya akan menilai semula rancangan dan anggarannya dengan menitikberatkan kesan persekitaran yang mencabar ketika ini.

Menurut laporan New Straits Times, Hong Leong Investment Bank Bhd berpendapat – komitmen Petronas untuk mempertahankan perbelanjaan modal domestiknya berkemungkinan akan terganggu disebabkan penurunan aliran minyak mentah Brent dengan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS.