Artikel

Mulai 25 April, Rakyat Dibenarkan Membuat Permohonan Untuk Pulang Dari Kampung – MKN

Pada sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini (22 April), Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri telah memaklumkan rakyat Malaysia kini boleh membuat permohonan perjalanan untuk pulang dari kampung ke kediaman masing-masing.

Permohonan tersebut boleh dilakukan menerusi aplikasi Gerak Malaysia dan ia hanya akan dibuka bermula 25 April ini.

Selain permohonan atas talian, rakyat juga boleh membuat permohonan secara manual dengan merujuk kepada mana-mana balai polis yang berhampiran.

Kenyataan ini turut disahkan oleh MKN menerusi ciapan Twitter rasmi mereka.