Artikel

Kawalan Pergerakan Beri Kesan Positif Kepada Kes COVID-19 Singapura – PM Lee

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, hari ini (21 April) telah tampil memberi taklimat berkenaan dengan status ‘Circuit Breaker‘ atau kawalan pergerakan yang telah berlangsung sejak 2 minggu lalu di negara tersebut.

Pada sidang itu, PM Lee menyifatkan kepatuhan masyarakat Singapura untuk terus kekal di rumah, sedikit sebanyak telah membantu Singapura mengurangkan kadar catatan kes baharu bagi COVID-19.

Bagaimanapun, PM Lee tetap akur akan peningkatan jangkitan yang tinggi dalam kalangan pekerja asing, khususnya bagi pekerja yang menetap di asrama pekerja asing.

Setakat ini, tiada simptom kronik yang ditunjukkan. Mereka masih menunjukkan simptom diperingkat awal sahaja.

Menurutnya lagi, pihak perubatan Singapura kini sedang berusaha melakukan ujian saringan secara agresif bagi membendung penularan COVId-19 yang lebih besar berlaku.

Oleh itu, PM Lee telah menyeru rakyat Singapura untuk meneruskan kerjasama ini. Hasil pematuhan telah menunjukkan kesan yang positif kepada negara mereka.

Singapura kini telah mencatatkan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 sebanyak 9,125 kes – termasuklah 801 kes telah pulih dan 11 kes kematian dicatatkan.