Artikel

SARI Dan ILI ‘Petanda Besar’ COVID-19

Bagi mengenalpasti aktiviti penularan COVID-19 di kalangan masyarakat setempat di Malaysia, KKM telah sejak awal lagi menjalankan persampelan daripada pesakit yang mempunyai gelaja Influenza Like Illness (ILI) / Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di hospital dan klinik KKM, iaitu sebagai salah satu aktiviti survelan jangkitan COVID-19 sejak 2 Februari 2020.

Sampel untuk ujian pengesanan COVID-19 akan diambil daripada semua pesakit dengan jangkitan paru-paru (pneumonia).

Setakat ini terdapat sebanyak 56 kes positif daripada 2,669 sampel yang telah diambil (iaitu 2.1 peratus daripada jumlah sampel kes SARI).

Manakala, persampelan ILI pula mula dijalankan sejak minggu epidemiologi ke-9 (yang bermula pada 23 Februari 2020) dengan permulaan sebanyak lapan (8) buah lokasi Klinik Kesihatan terpilih (sentinel site). Ini bagi mengenalpasti sekiranya berlaku jangkitan di komuniti.

Sebanyak lapan (8) kes positif COVID-19 telah dikenalpasti daripada 1,280 sampel yang telah diambil (iaitu 0.6 peratus daripada jumlah sampel kes ILI).

Aktiviti survelan ini bertindak sebagai sistem pengesanan awal (early detection) dan sistem amaran awal (early warning) kejadian COVID-19 di Malaysia.

Pihak KKM akan terus memperluas dan memperkukuhkan aktiviti survelan COVID-19 di Malaysia.

Selain itu, KKM juga telah menggunakan aktiviti pendekatan tertumpu (targeted approach) untuk membendung penularan jangkitan COVID-19.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah pengesanan di kalangan kumpulan berisiko tinggi (misalnya sekolah tahfiz dan pekerja warganegara asing) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mana bancian penduduk dan Active Case Detection (ACD) dijalankan dari rumah ke rumah.