Artikel

Lebih 5,000 Warga PKS Perolehi Manfaat Dana Pinjaman Mudah -MOF

Setakat 15 April lalu, lebih 5,000 warga Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah diluluskan bagi memperolehi Dana Pinjaman Mudah PKS di bawah Bank Negara Malaysia (BNM).

Sebanyak RM2.7 bilion telah disalurkan daripada peruntukan keseluruhan iaitu RM6.3 bilion.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul – warga PKS yang telah diluluskan, turut menerima kadar faedah sehingga 3.5% daripada pinjaman yang diberikan.

Menerusi jaminan sehingga 80% daripada kerajaan ini, Tengku Zafrul menyifatkan kemudahan tersebut dapat membantu operasi perniagaan ketika krisis COVID-19 ini sedang berlaku.

Bagi warga PKS lain yang berminat boleh menghubungi mana-mana bank tempatan untuk melakukan permohonan.