Korea Selatan telah menafikan pada tengah hari Selasa (21 April) sebuah laporan bahawa diktator Korea Utara Kim Jong Un sedang nazak susulan sebuah prosedur pembedahan baru-baru ini.
AFP melaporkan bahawa akhbar Daily NK, sebuah saluran media atas talian yang dikendalikan oleh rakyat Korea Utara yang telah melarikan diri dari negara itu, menyatakan bahawa Kim telah menjalani pembedahan kardiovaskular awal bulan April 2020, dan sedang rehat di sebuah villa di utara Phyongan.
“Minum alkohol berlebihan, merokok berlebihan, obes, antara sebab lansung mengapa Kim memerlukan pembedahan jantung,” kata Daily NK.
Namun tiada pengesahan tentang laporan Kim boleh didapati oleh media barat, mahupun media dari negara yang berkomunikasi dengan Korea Utara, seperti China.