Financial Daily (FD), akhbar harian The Edge hari ini (21 April) mengumumkan bahawa mereka akan tamatkan terbitannya.
Perkara tersebut diumumkan secara bersama oleh Penerbit The Edge, Ho Kay Tat dan Ketua Pengarang The Edge, Azam Aris.
Antara yang menjadi faktor FD ditamatkan adalah tidak dapat bertahan dari serangan peralihan kepada berita digital dan keadaan ekonomi semasa, wabak COVID-19.
Meskipun begitu, sumbangan FD selama 13 tahun dalam pemberitaan ekonomi amat dihargai.
Pelbagai pelaporan menarik telah disediakan, antara yang pernah mengamit perhatian pembaca adalah laporan berkenaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Pada tahun 2015, akhbar itu digantung lesen terbitannya kerana melaporkan isu 1MDB. Walaupun demikian, Mahkamah Rayuan telah mengembalikan lesen mereka setelah mendapati bahawa mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam pelaporan 1MDB tersebut.