Artikel

KKM Perjelas Mengapa PKPD Dibuat Di Pasar Borong KL

Pada sidang media Kementerian Kesihatan (KKM) oleh Ketua Pengarah Datuk Dr. Noor Hisham sebentar tadi, telah memaklumkan sebanyak 2064 sampel telah di ambil di Hospital Selayang, untuk kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur.

Menerusi jumlah tersebut, sebanyak 28 sampel disahkan positif COVID-19, termasuklah 1 kes kematian dicatatkan.

Catatan angka tersebut, KP Hisham menegaskan masyarakat perlu fokus pada lokasi serta kawasan kelompok yang memiliki risiko tinggi di pasar borong tersebut.

Hasil rundingan, pihak KKM telah memutuskan untuk pertingkatkan kawasan ini dari PKP ke PKP Diperketatkan (PKPD).