Artikel

1,426 Kes Positif Baharu Di Singapura Hari Ini

Singapura hari ini melaporkan sebanyak 1,426 kes positif COVID-19 baharu dicatatkan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes negara tersebut adalah 8,014.

Menurut perubatan Singapura, sebahagian besar kes baharu yang dicatatkan adalah daripada pekerja asing.

Susulan itu, sebanyak 18 asrama pekerja asing telah diwartakan sebagai kawasan pengasingan, kerana jumlah kes COVID-19 di sana terus meningkat.

Sehingga hari Ahad, kumpulan di S11 Dormitory @ Punggol kekal sebagai yang terbesar, dengan 1,508 kes yang disahkan. Kumpulan terbesar berikutnya adalah di Sungei Tengah Lodge, dengan 521 kes disahkan.

Semua pemegang permit kerja dan pemegang S Pass di sektor pembinaan telah diberi notis untuk tinggal dirumah secara wajib sehingga 4 Mei sebagai langkah pencegahan terhadap penyebaran COVID-19.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Penguasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) menyatakan selain asrama, terdapat juga kes di tempat kerja pembinaan.

Pihak perubatan Singapura masih lagi meneliti perincian kes dan akan memaklumkan makluman selanjutnya pada sidang malam ini.