Artikel

COVID-19 Beri Kesan Pada Minyak Mentah AS, Jatuh Bawah $15 Setong

Berikutan penularan COVID-19 yang semakin meruncing di Amerika Syarikat (AS), ia secara langsung memberi kesan kepada permintaan pasaran. Harga minyak mentah AS hari ini (20 April) jatuh ke bawah $15 setong.

West Texas Intermediate (WTI), iaitu penanda aras AS menunjukkan catatan turun lebih dari 19 peratus kepada $ 14.73 setong pada awal perdagangan Asia, sebelum pasaran meraih kenaikan pada tahap AS$ 15.78 setong.

Penanda aras antarabangsa Brent juga turun 4.1 peratus kepada $ 26.93 setong, sebelum naik dan stabil pada $ 28.11.

Umum ketahui, pasaran minyak telah mula jatuh dalam beberapa minggu terakhir ini. Ini disebabkan batasan COVID-19 telah menjejaskan permintaan komoditi.

Krisis bertambah buruk apabila Arab Saudi, pengeksport OPEC, mula melancarkan perang harga dengan anggota bukan OPEC, iaitu Rusia.

Riyadh dan Moscow membuat pertikaian pada awal bulan lalu. Di mana ketika mereka dan negara-negara lain sepakat untuk mengurangi pengeluaran hampir 10 juta tong sehari untuk meningkatkan pasaran yang dilanda virus.

Namun harga terus turun dengan teruk, dan pakar turut mengatakan pemotongan itu tidak akan cukup untuk menampung penurunan permintaan yang disebabkan oleh wabak tersebut.

Menurut Michael McCarthy, Ketua Strategi Pasaran, CMC Markets, kejatuhan WTI sekaligus memaparkan kekurangan perkhidmatan AS di Cushing, Oklahoma.

Tanda aras kini telah dipisahkan dari Brent dengan penyebaran antara keduanya mencapai ketinggian satu dekad, katanya dalam catatan.

ANZ menambah dalam catatan bahawa harga minyak mentah masih di bawah tekanan, kerana unjuran permintaan yang lebih rendah telah mempengaruhi sentimen pasaran.

Selain itu, menurut Pentadbiran Tenaga Maklumat AS – inventori minyak mentah dalam ekonomi terbesar di dunia telah meningkat sebanyak 19.25 juta tong pada minggu lalu, lebihan ini secara tidak langsung meningkatkan lagi kesengsaraan pasaran dunia.