Artikel

Yayasan Pelaburan Bumiputra Umum Dua Pelantikan Baharu

Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) hari ini (20 April) mengumumkan dua pelantikan baru bagi Lembaga Pemegang Amanah YPB.

Sejak 14 April 2020 lalu, YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilantik sebagai Pengerusi YPB, sementara itu Tengku Zafrul pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi YPB.

Untuk makluman, tiada sebarang perubahan bagi dua anggota Lembaga Pemegang Amanah yang lain iaitu YB Tan Sri Dr. Zeti Aziz dan YB Tan Sri Dato’ Setia Hj Ambrin Buang.

Seperti yang umum ketahui Tan Sri Dr Zeti masih kekal sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), yang merupakan anak syarikat YPB.

Manakala, Tan Sri Ambrin Buang pula adalah mantan Ketua Audit Negara Malaysia dan juga wakil untuk sektor swasta.

Menerusi penamaan baharu ini, Lembaga Pengarah YPB dan PNB akan membawa kemajuan kepada PNB, usaha ini untuk menjadikan PNB sebagai paltform pelaburan bertaraf dunia yang akan menghasilkan pulangan lestari bagi 14 juta pemegang unitnya.