Artikel

Kini ATM Hanya Beroperasi Pada Jam 8 Pagi Hingga 8 Malam

Segelintir masyarakat Malaysia kini mula menggunakan alasan keluar dari rumah untuk melakukan pengeluaran wang tunai kepada penguatkuasa.

Kenyataan tersebut telah diberikan sendiri oleh pihak polis.

Susulan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam (19 April) telah bersetuju untuk menetapkan waktu operasi bagi mana-mana ATM bermula 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Sebelum ini, beberapa mesin ATM boleh beroperasi selama 24 jam, namun demi mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak MKN perlu melaksanakan tindakan ini.

Ia bagi menjamin keselamatan dan pengawalan keluar masuk rakyat menjadi lebih teratur.