Artikel

Kes discaj melebihi kes baharu tujuh hari berturut-turut, kes import kekal kerisauan KKM

Selama tujuh hari berturut-turut, kes discaj melebihi kes baharu COVID-19.

Dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, 12 hari dari 14 hari perkara sama berlaku, iaitu discaj melebihi kes masuk hospital di Malaysia.

Trend ini membuktikan beberapa perkara.

Pertama, kes positif COVID-19 di Malaysia semakin berkurangan, memberi isyarat bahawa kebarangkalian jangkitan telah perlahan, dan membutkitan rantaian jangkitan sudah terputus.

Kedua, dengan tetap adanya kes-kes baharu ini, hampir kesemuanya (65 kes pelajar pulang dari luar negara ke Malaysia) adalah kes import.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media petang Ahad (19 April), kluster baharu telah dijumpai.

Kluster Magetan dari pelajar-pelajar yang pulang dari Indonesia ini, ditambah dengan pelajar yang pulang dari Turki dan lain-lain negara, ini tetap akan menambahkan jumlah pesakit COVID-19 yang positif.

Tujuan KKM memaksa mereka yang pulang dari luar negara untuk menjalani kuarantin adalah untuk menentukan samada mereka ini bebas COVID sebelum boleh kembali dan bergaul di komuniti masing-masing.

Disebabkan kes-kes tempatan sudah menghampiri angka sifar dalam isu kebolehjangkitan, kes positif baharu hampir pasti akan datang dari kes import.