Artikel

Kerisauan DG Hisham Terbukti: Kes Baharu Akan Datang Dari Luar. Kluster Baharu 19 April Adalah Kes Diimport

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah sebelum ini menzahirkan kerisauan beliau tentang kes-kes baharu COVID-19.

“Kes baharu berkemungkinan besar akan datang dari luar, atau seperti mana kita panggil ‘kes import’,” kata beliau pada sidang akhbar awal bulan April.

Pada 19 April, pandangan ini terbukti benar.

Sebuah kluster baharu telah dikesan di pintu masuk antarabangsa iaitu di mana kes positif dikesan di kalangan rakyat Malaysia yang pulang daripada Indonesia melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April 2020.

Kluster ini terdiri daripada 43 orang pelajar yang pulang dari Temboro, iaitu salah satu tempat yang telah diisytiharkan sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia.

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, seramai 34 orang telah dikuarantin di negeri Melaka dan sembilan (9) orang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ini menunjukkan bahawa tindakan Kerajaan untuk mengambil langkah untuk kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan.

Ini bagi memastikan kes import tidak menjangkiti penduduk Malaysia.