Artikel

Singapura Atasi Malaysia Dalam COVID-19, Susulan 942 Kes Baharu

Setakat 12 tengah hari 18 April, Singapura telah mengatasi Malaysia dalam jumlah kes kumulatif COVID-19 positif.

Pada hari ini, Singapura mencatatkan 942 kes positif COVID-19, di mana majoritinya adalah pekerja asing yang menetap di dormitori pekerja.

Jumlah kematian di Singapura adalah 11 kes.

Dibandingkan dengan Malaysia, pada hari ini Malaysia mencatatkan 54 kes baharu menjadikan jumlah kes kumulatif iaitu 5,035 kes.

Kes kematian di Malaysia ditambah dua kes, menjadikan kes kumulatif kematian sebanyak 88 kes.