Artikel

KKM Khuatir Penurunan Kes Positif COVID-19 Disalaherti Oleh Masyarakat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan dalam menghadapi kejadian COVID- 19 di Malaysia.

Tiga (3) bulan telah berlalu sejak kes pertama COVID-19 dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, KKM. Semua petugas barisan hadapan dari semua agensi telah bertungkus- lumus setiap hari dalam mengawal kejadian ini.

Pihak KKM menghargai dengan kerjasama yang telah diberikan dan ingin memohon agar petugas barisan hadapan kekal cekal dan bertabah kerana bersama kami dapat memerangi penularan COVID-19 ini.

Namun begitu, KKM juga khuatir sekiranya penurunan jumlah kes beberapa hari ini disalaherti serta membuatkan masyarakat alpa lalu mengambil mudah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana memikirkan bahawa wabak ini hampir selesai.

Susulan itu, ingin menasihatkan Rakyat Malaysia agar terus patuh kepada Perintah Pergerakan Kawalan (PKP).

Walaupun perkembangan dalam penurunan kes ini sememangnya positif namun masyarakat masih perlu berada di rumah, mengamalkan jarak sosial yang selamat (social distancing) sekurang-kurangya 1 meter dari orang lain dan juga mengamalkan kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun.

Pendekatan ini penting dalam memutuskan rantaian penularan jangkitan.