Sidang media Kementerian Kesihatan (KKM) sebentar tadi telah memaklumkan data setakat 16 April telah menunjukkan sebanyak 601 kes positif COVID-19 adalah bukan warganegara Malaysia.
Kumpulan ini termasuklah kalangan pelancong, pekerja asing, golongan pelarian dan pemohon suaka.
Setakat ini, 601 kes merangkumi 356 kes sedang dirawat, 242 kes telah pulih dan tiga kes kematian telah dicatatkan.
Ini adalah rangkuman negara berdasarkan catatan 601 pesakit luar COVID-19:
• 108 kes terdiri daripada warganegara Indonesia
• 104 kes terdiri daripada warganegara Filipina
• 63 kes terdiri daripada warganegara Bangladesh
• 60 kes terdiri daripada warganegara India
• 51 kes terdiri daripada warganegara Pakistan
Susulan itu, pihak KKM kini sedang giat menjalankan kaedah pencegahan khususnya kepada warga asing.
KKM telah mengingatkan kepada sektor ekonomi yang memiliki tenaga kerja asing yang tinggi perlu mengikuti panduan yang ditetapkan.
KKM juga telah bekerjasama dengan kedutaan negara luar agar dapat membantu KKM dalam usaha penyebaran dan penyampaian maklumat kepada warga asing di Malaysia dalam bahasa ibunda masing-masing.
United Nations High Commission for Refugees (UNHCR) dan National IHR Focal Points (NFPs) daripada negara-negara berkaitan juga akan turut dimaklumkan mengenai kes-kes positif COVID-19 di kalangan warga asing di Malaysia.