Artikel

Kontrak CEO BERNAMA, Nurini Kassim Bakal Berakhir Pada 16 Mei Ini

Lembaga BERNAMA, dalam mesyuarat hari ini, memutuskan untuk menamatkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Berita Nasional Malaysia, Nurini Kassim.

Penamatan kontrak tersebut akan mula berkuatkuasa pada 16 Mei 2020 ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah Suhaimi Sulaiman berkata lembaga itu juga memutuskan bahawa Ketua Pengarang Datuk Mokhtar Hussain juga akan menjalankan tugas CEO sehingga pelantikan ketua eksekutif yang baru dinamakan.

Menurut Bernama, tindakan ini adalah kebiasaan bagi mana-mana organisasi perniagaan untuk terus mencari pemimpin profesional yang tepat untuk menjadikan organisasi itu lebih kukuh.