Artikel

Gagal Kredit? Sila Ambil Bayaran BPN Secara Tunai Di BSN Kata MOF

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau bayaran BPN gagal dikreditkan ke dalam akaun mereka boleh menerima bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), kata Kementerian Kewangan (MOF).

Kutipan secara tunai di BSN ini bermula 17 April 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Untuk senarai cawangan yang dibuka atau maklumat lanjut, penerima boleh melayari laman web BSN di www.mybsn.com.my.

Penerima yang ke cawangan BSN perlu membawa kad pengenalan masing- masing, dan dinasihatkan agar mematuhi penjarakan sosial serta arahan kesihatan dan keselamatan dari anggota Polis dan RELA yang bertugas.