Artikel

Ada Kebenaran Sebelum 14 April? Teruskan Operasi Dalam PKP 3 – KPDNHEP

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini (17 April) telah memberi pengesahan berikutan kenyataan MITI berhubung kebenaran sektor terpilih untuk beroperasi bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga.

KPDNHEP menjelaskan bagi syarikat yang menjalankan aktiviti rantaian pembekalan makanan, e-dagang serta perkhidmatan pengedaran yang telah menerima pengesahan kebenaran daripada KPDNHEP sebelum atau pada 14 April 2020 lalu, TIDAK PERLU mengemukakan permohonan baru dan boleh meneruskan operasi sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa.

Manakala, sekiranya syarikat yang telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian sebelum ini dan masih belum menerima pengesahan kebenaran untuk beroperasi, diminta membuat permohonan baru secara atas talian di laman sesawang www.miti.gov.my.

Berikut adalah SUB SEKTOR TAMBAHAN yang dibenarkan beroperasi dibawah kawal selia Kementerian:

  • Kedai hardware;
  • Kedai barangan elektrik dan elektronik (tidak termasuk kedai peralatan telekomunikasi dan peralatan ICT); dan
  • Perkhidmatan dobi (full service).

Untuk sebarang pertanyaan, pembaca boleh berhubung kepada Sekretariat Perdagangan dan Industri Perkhidmatan di talian 03-8882 6088 atau [email protected]

Kementerian turut menegaskan, kegagalan syarikat untuk mematuhi arahan yang ditetapkan boleh mengakibatkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta-merta.