Susulan penularan wabak COVID-19, pelbagai syarikat gergasi mula mengalami kerugian pada pelaburan. Namun, tidak bagi Netflix yang telah menunjukkan peningkatan pada nilai sahamnya bagi minggu ini.
Ketika dagangan ditutup pada hari Rabu, nilai sahamnya telah naik 4.2 peratus dan 3.2 peratus, menjadikan nilai sesahamnya berjumlah AS$426,75.
Seterusnya, sebanyak 5.3% telah diperdagangkan lebih tinggi pada hari Khamis, ke paras AS$449 sesaham, ini menambah kenaikan mingguan yang ketara.
Malah, dikhabarkan keyakinan daripada para pelabur turut menjadi faktor mengapa kenaikan tersebut meningkat.
Selain Netflix, Amazon turut mencatatkan rekod tertinggi sepanjang minggu ini, ia disebabkan permintaan pembelian atas talian yang meningkat sepanjang krisis ini berlaku.
Goldman Sachs minggu ini telah meningkatkan sasaran harga 12 bulan mereka untuk Netflix kepada $ 490 pada hari Khamis, dan menyifatkan Netflix sebagai perniagaan yang stabil pada ketika ini.
Kandungan platform Netflix juga dilihat sebagai faktor dorongan peningkatan dalam pasaran saham.
Kedudukan Netflix sebagai firma tertua dan paling mapan di segmen ini menjadikannya kelebihan untuk meningkatkan pertumbuhan pelanggan “baik dalam jangka masa terdekat dan panjang,” kata Goldman.