Artikel

Warga Emas, Pesakit Penyakit Kronik – Antara Yang Berisiko Terdedah Jangkitan COVID-19

Sidang media Kementerian Kesihatan sebentar tadi oleh Ketua Pengarah Datuk Dr. Noor Hisham telah memaklumkan bahawa golongan warga emas didapati agak terjejas dengan wabak COVID-19.

KKM mendapati kadar kes jangkitan dan kematian berkaitan COVID-19 di kalangan kumpulan umur 60 tahun ke atas adalah tinggi. Selain faktor umur, penyakit kronik juga antara faktor yang mendorong kepada jangkitan wabak tersebut.

Ini kerana apabila statistik bilangan kes COVID-19 dipadankan dengan populasi bagi setiap kumpulan umur, jelas dapat dilihat bahawa kadar insiden COVID-19 bagi 100,000 populasi di Malaysia adalah paling tinggi bagi kumpulan umur 55 sehingga 59 tahun dan juga 60 sehingga 64 tahun.

Statistik kes kematian COVID-19 yang telah direkod setakat ini pula menunjukkan 62.6 peratus daripada kes kematian adalah berumur 60 tahun ke atas.

KKM mendapati 80.7 peratus dari kes kematian tersebut menghidap penyakit kronik seperti penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang, jantung dan lain-lain penyakit.