Artikel

MIER Kemaskini Unjuran Kes Kumulatif Positif Ke 5,615

Seperti yang sedia maklum, sejak Februari lalu – Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) akan sentiasa mengemaskini data unjuran bilangan kes positif COVID-19 yang dicatatkan oleh negara.

MIER sebelum ini telah membuat jangkaan bahawa Malaysia akan mencatatkan jumlah kes COVID-19 sebanyak 9,000 kes.

Namun setelah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu sehingga kini, sedikit sebanyak telah mengurangkan catatan jangkaan tersebut.

Susulan itu, hari ini (16 April) MIER telah mengemaskini data unjuran tersebut dengan bilang keseluruhan kes negara adalah 5,615 kes disahkan positif COVID-19.

Menurut pemerhatian MIER, kes baru yang dicatatkan semalam sebanyak 85 kes adalah yang terendah sejak PKP dikuatkuasakan.

Selain itu, kes pemulihan yang berterusan berbanding kes baru ini juga telah menunjukkan kesan positif pada lintasan dalam masa 7 hari.

Sekiranya kadar pengurangan kes dari hari ke hari ini dapat dikekalkan, sudah pasti rantaian jangkitan COVID-19 ini dapat dihapuskan.

MIER juga turut mengakui, PKP adalah antara sebab utama mengapa bilangan kes positif dibawah jangkaan mereka.