Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah memutuskan untuk menarik kembali dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Tindakan Trump ini sekaligus telah mendorong kecaman daripada pelbagai pihak.
Termasuklah mendapat perhatian daripada Bill Gates, di mana pada ciapan Twitternya – Menghentikan pembiayaan untuk WHO semasa krisis kesihatan dunia ini sedang berlaku adalah sangat bahaya. Tindakan ini secara tidak langsung akan melambatkan proses gerak kerja mereka. Dunia kini memerlukan WHO untuk memerangi COVID-19.
Halting funding for the World Health Organization during a world health crisis is as dangerous as it sounds. Their work is slowing the spread of COVID-19 and if that work is stopped no other organization can replace them. The world needs @WHO now more than ever.
— Bill Gates (@BillGates) April 15, 2020
Menurut laporan Reuters, Ketua Pengarah WHO – Tedros Adhanom Ghebreyesus meluahkan rasa kecewanya terhadap penarikan semula dana itu. Beliau beranggapan WHO dan AS sentiasa memiliki hubungan yang baik dalam meningkatkan sektor kesihatan.
Trump bagaimanapun, telah menuduh WHO mempromosikan informasi China yang tidak sahih berkenaan penularan COVID-19 ini.
WHO kini sedang mengkaji kesan terhadap pelaksanaan kerja mereka disebabkan penarikan dana AS itu. Malah, pihaknya kini akan bekerjasama dengan rakan kongsi lain untuk memastikan proses gerak kerja mereka tidak terganggu.
Setakat ini, AS telah menyumbang lebih daripada RM1.7 bilion (AS$ 400 juta) kepada WHO pada tahun 2019, kira-kira 15% daripada anggarannya.
Seorang pegawai kanan pentadbiran mengatakan Washington akan menghentikan “sumbangan yang dinilai” sebanyak RM250 juta (AS$ 58 juta) yang akan dibayar pada 2020.
WHO sebelum ini telah memohon dana daripada AS dengan jumlah RM4.3 bilion (AS$1 bilion) bagi memerangi wabak COVID-19.