Susulan penularan COVID-19 yang telah mengubah landskap ekonomi negara, Kini, Kerajaan Negeri Johor semalam (15 April) telah tampil dengan inisiatif penubuhan Jawatankuasa Reformasi Ekonomi Negeri (SERC), Bank Digital.
Inisiatif bank digital ini merangkumi teknologi kewangan yang telah disokong oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Di mana, platform ini membolehkan pelbagai produk dapat dipasarkan dengan lebih mudah ke seluruh negara.
Seiring dengan itu, penubuhan SERC ini akan merangka dan memberi syor berbentuk Pelan Reformasi Ekonomi kepada kerajaan negeri. Termasuklah polisi, prosedur dan hala tuju strategik kepada ekonomi Johor setelah krisis COVID-19 ini berakhir.
Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, SERC juga akan meneliti sektor ekonomi baharu dengan kerjasama serantau. Ini sekaligus dapat mewujudkan peluang ekosistem ekonomi yang baik.
SERC dijangka akan mula bermesyuarat pada minggu hadapan bagi membincangkan hala tuju ekonomi negeri setelah COVID-19.