Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham, serta dua doktor lain, diiktiraf sebagai antara doktor terbaik di dunia oleh saluran televisyen terbesar China.
CGTN mengiktiraf Dr. Noor Hisham serta Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand sebagai paling baik dalam menenangkan serta memberitahu maklumat penting kepada masyarakat dengan cara yang terbaik.
Tindakan ketiga-tiga individu ini telah mendapat perhatian dunia, di mana cara yang digunakan oleh mereka telah berjaya memberi keyakinan kepada masyarakat untuk terus kekal tenang dan mengikuti nasihat perubatan yang disarankan.
Selain ketenangan, ketegasan ketiga-tiga individu ini juga harus dipuji dalam memerangi wabak COVID-19.
Mereka juga dilihat tidak jemu dalam memberi jawapan yang baik kepada rakan media berkenaan status semasa COVID-19.