Artikel

Bilangan Kes Discaj Hampir Dua Kali Ganda Kes Baru, Kes Pulih Meningkat 52%

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 169 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 2,647 kes (52.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Bilangan kes yang didiscaj hari ini hampir dua kali ganda kes baru COVID-19.

Sehingga 15 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 85 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,072 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,342 kes.

Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 56 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah tersebut, 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.