Artikel

KKM Tidak Menyarankan Penggunaan Disinfection Box

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini (15 April) memaklumkan pihaknya tidak menyarankan sebarang penggunaan Disinfection Box /Chamber /Tunnel /Booth /Partition /Gate untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 terhadap manusia.

Menerusi hasil penilaian yang dilakukan oleh Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan KKM, mendapati bahawa tiada bukti menunjukkan bahawa peralatan tersebut berkesan dalam mengurangkan jangkitan COVID-19.

Prosesnya juga didapati tidak boleh membunuh kuman di dalam badan manusia. Manakala, bahan kimia yang digunakan juga boleh membawa kemudaratan kepada selaput badan (membrane
mucosa) iaitu di bahagian mata dan mulut.