Artikel

KKM Sambut Baik Tindakan Tegas MKN Tangkap Mereka Yang Ingkar PKP

KKM menyambut baik tindakan tegas terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KKM khuatir sekiranya tindakan tegas tidak dilakukan terhadap sikap ketidakpatuhan ini kepada PKP, ia boleh membatalkan usaha keras semua pihak yang telah diambil setakat ini.

KKM menyeru kerjasama semua Rakyat Malaysia dalam memainkan peranan masing-masing dalam menangani penularan wabak ini dan memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.

Berdasarkan pemantauan yang telah dijalankan oleh pihak berwajib dan juga keadaan trafik jalan raya diperhatikan kebelakangan ini, didapati masyarakat semakin tidak akur terhadap arahan PKP ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham hari ini (15 April) menegaskan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) menyambut baik keputusan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar tindakan yang lebih tegas diambil atas ketidakakuran segelintir masyarakat.