Artikel

Sesi Pra-Kabinet YDPA, PM Muhyiddin Dijalankan Menerusi Sidang Video

Istana Negara hari ini (15 April) memaklumkan bahawa Yang Mulia Yang di-Pertuan Agong telah bersetuju untuk mengadakan sesi Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang video di Istana Negara.

Ini adalah kali pertama sesi persidangan tersebut dijalankan melalui sidang video disebabkan tuntutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelas, tindakan ini menunjukkan keprihatihan YDPA dalam mengetengahkan usaha tentang kesejahteraan kepada rakyat.